BERNARD YAANG
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada selasa mengingatkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya beusaha memberi khidmat kepada rakyat dan bukannya membuat ribut menuntut kerusi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Parti Liberal Demokrasi (LDP) bahawa ia merupakan satu-satunya parti Cina Sabah yang layak menuntuk enam kerusi yang ditinggalkan Parti Maju Sabah (SAPP) setelah keluar gabungan itu pada 2008.
Beliau berkata, berkhidmat kepada rakyat adalah penting lebih-lebih lagi pada masa ini apabila pilihanraya semakin hampir. "Jadi saya ingin menasihatkan rakan-rakan parti komponen BN kita supaya lebih fokus dan berkhidmat kepada rakyat," beliau memberitahu wartawan selepas mengagihkan kuih raya kepada pasukan keselamatan di Menara Tun Mustapha.
Beliau berkata, adalah penting bagi mereka untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah yang dihadapi rakyat. Ini supaya mereka boleh menghadapi pilihan raya (dengan penuh yakin) pada bila-bila masa, katanya. Presiden LDP, Datuk V K Liew pada Ahad berkata, tidak syak lagi yang LDP adalah satu-satunya parti tempatan BN yang layak bertanding di enam kerusi di bawah SAPP itu.
Bagaimanapun, Satiausaha Agung BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak bersetuju dengan Liew dan berkata, Beliau (Liew) tidak seharusnya memberi tekanan kepada PM yang juga pengerusi BN, berhubung dengan pembahagian kerusi. Katanya, PM mempunyai kebijaksanaan untuk memastikan tidak ada parti komponen yang terpinggir pada pilihan raya akan datang dan menambah, antara semua pemimpin Liew seharusnya lebih memahami akan perkara itu kerana "pejabatnya berada dalam bangunan yang sama dengan PM di Putrajaya".
Beliau berkata, terdapat perbezaan besar dalam mencadangkan atau meminta secara sopan bagi peruntukan kerusi dengan menuntuk kerusi. "Memimta supaya diberi pertimbangan secara sopan tidak apa tetapi menuntut menggunakan perkataan "kerusi saya tidak boleh dirunding" dan "sayalah yang paling layak untuk kerusi tambahan itu" adalah seperti meletakkan PM pada kedudukan defensif.
"Ia seperti mengikat tangannya ke belakang. Ia seperti tidak ada ruang langsung untuk perbincangan bagi PM," kata rahman yang juga MP Kota Belud. Dalam soal ini, katanya, jika Liew mahu beliau boleh bertemu dengan PM untuk membincangkan permintaan partinya itu. Liew juga berkata, empat kerusi - Sandakan (Parlimen), Karamunting, Merotai dan Tanjung Kapor yang dipegang LDP sekarang ini tidak boleh dirunding.
0 comments