Terdapat 6 kerusi kosong tinggalan SAPP sejak parti tersebut meninggalkan BN pada september 2008. Kekosong itu kini menjadi tuntutan bertindih, dan biasalah menjelang PRU13 pasti akan ada parti yang mengishtiharkan mereka selayakkan mengisi kerusi-kerusi panas tersebut. Dengan nada penuh keyakinan, Datuk V K Liew (Presiden LDP) mengisytiharkan mereka layak untuk mengisi kesemua 6 kerusi tersebut. Statement seumpama ini dilihat boleh merenggangkan hubungan antara komponen dalam BN.
Setiap Komponen dalam BN seharusnya tidak lari dari landasan asal dalam mencapai sesuatu keputusan. Semangat setiakawan dalam Barisan perlu dipelihara agar BN terus menjadi pilihan No1 rakyat disabah khususnya dan di Malaysia amnya. terdapat beberapa perkara pokok yang perlu dipertimbangkan oleh LDP sebelum menuntuk kesemua 6 kerusi tersebut;
1. Dalam komponen BN, setiap keputusan adalah dilakukan secara bersama, melalui perundingan sesama komponen, agar keputusan itu kelak memuaskan hati semua pihak.
2. Keputusan muktamad adalah dilakukan oleh PM yang merupakan ketua BN.
3. Benarkah dakwaan LDP bahawa mereka layak untuk keenam-enam kerusi tersebut. persoalan timbul kerana Dun Tanjong Kapor dan Dun Merotai terdiri daripada pengundi BI (Bumiputra Islam) dan pastinya yang layak untuk kerusi berkenaan adalah UMNO.
Berikut merupakan petikan daripada Harian Ekspress (15.08.2011)

SANDAKAN: Parti Liberal Demokratik (LDP) merupakan satu-satunya parti komponen (BN) yang layak untuk menuntu enam kerusi kosong apabila SAPP meninggalkan BN pada september 2008 untuk PRU ke 13. "Tanpa diragui, kami adalah satu-satunya parti tempatan yang layak untuk menuntut keenam-enam kerusi ini" kata Presiden LDP Datuk V K Liew.
Bagaimanapun, beliau berkata adalah lebih baik sekiranya pemimpin dan ahli parti memberi tumpuan kepada menangani isu-isu yang dihadapi oleh rakyat terlebih dahulu dan menyelesaikannya semampu mereka. Merasmikan mesuarat agung tahunan enam bahagian LDP Sandakan di Sanbay Hotel di sini Ahad, Liew turut berkata bahawa LDP akan terus bertanding dalam empat kerusi yang ditandinginya pada 2008 iaitu Parlimen Sandakan dan tiga kerusi negeri, Karamunting, Merotai dan Tanjung Kapor.
"Kerusi-kerusi ini tidak boleh dirundingkan" kata liew yang juga timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Liew yang juga MP Sandakan mengucapkan terima kasih kepada ahli parti di sini kerana setia menyokong mereka sejak 21 tahun lalu. "Kebanyakan daripada anda telah bersama-sama dengan LDP sejak 21 tahun lalu. kesetiaan anda kepada parti membuatkan saya berasa bangga. "Walaupun dengan cubaan baru-baru ini oleh seseorang yang meninggalkan parti dengan menarik ahli-ahli di Sandakan dengan janji-janji dan dari segi kewangan, ramai di antara anda yang tidak terkesan dengan taktik sedemikian" katanya.
Liew berkata, seorang ahli memberitahunya bahawa orang tersebut menghubunginya untuk meminta mereka meninggalkan parti dengan janji-janji berbentuk kewangan. Liew berkata mesyuarat agung tahunan ini mungkin adalah yang terakhir sebelum Pilihanraya Umum. Justeru, ianya dalah mustahak bagi parti itu bersiap-sedia bukan sahaja dari segi persiapan tetapi juga menangani parti-parti komponen BN.
"Kita perlu menjamin perpaduan di dalam parti kita dan pada masa sama memastikan perpaduan wujud di dalam BN. Adalah mustahak bagi kita untuk bersatu bagi menentang Pembangkang" tagasnya. "Adalah penting bagi kita menurunkan calon-calon yang bermutu baik untuk semua kerusi yang kita tandingi dalam pilihanraya umum. Justeru, saya menggesa mereka yang ingin menjadi calon, agar terus menunjukkan kualiti dan kebolehan mereka dalam berkhidmat untuk rakyat tanpa gentar dan pilih kasih".
Liew berkata adalah mustahak bagi LDP menurunkan calon-calon yang bukan sahaja boleh menang dalam pemilihan parti, tetapi juga calon-calon yang boleh menang, disokong dan diterima oleh seluruh lapisan masyarakat. "Tiada gunanya popular dalam parti dan mampu memenangi pemilihan parti tapi tidak diterima oleh rakyat dan kemudian ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya" katanya.
"Kita tidak seharusnya memperjuangkan pertarungan kelmarin kerana ianya sudah berakhir. Pertarungan kita adalah esok dan untuk berlawan di dalamnya, kita perlu bersiap pada hari ini. LDP tidak boleh leka oleh masa lampau". "Walaupun kita boleh menggunakan masa lampau sebagai panduan, kita pelu bersiap hari ini dengan menggunakan strategi hari ini untuk pertarungan hari esok. Medan perang kini sudah berubah dan pemikiran rakyat turut berubah, katanya"
Seramai 388 delegasi dari enam bahagian LDP di sini, Tjg Papat, Elopura, Karamunting, Sungai Sibuga, Sekong dan Gum-gum - menghadiri mesyuarat agung tahunan tersebut. Turut hadir adalah enam ketua bahagian iaitu Lim Kai Ming untuk Karamunting, Datuk VM Lai untuk sungai sibuga, Edward Wong untuk Tjg Papat, Kapitan Liew Ket Chin untuk Sekong, Fong Hen Yen untuk Gum-gum dan Liew yang juga mengetuai bahagian Elopura
0 comments